Termeterinya perjanjian penyerahan aset pada 15 Ogos 2001, maka dengan rasminya AIMM ditubuhkan dengan memiliki aset bernilai RM38 juta yang dikenali sebagai Akademi Imigresen Malaysia atau nama singkatannya AIMM.
Mengimbau kembali sejarah penubuhan, AIMM bolehlah dikatakan mula beroperasi sepenuhnya apabila pengarahnya yang pertama iaitu Tuan Haji Amran bin Haji Sameon mula bertugas pada 15 Mei 2022. Bagi mempergiatkan dan melicinkan perjalanan program latihan yang telah dirancangkan bagi tahun 2002 di AIMM, pada 1 November 2001, sekumpulan pertama pegawai dan kakitangan tetap telah ditempatkan di AIMM iaitu 2 orang TPPI, 4 PIT, seorang PAR, seorang pemandu dan seorang operator telefon.
Pada 18 Disember 2003 bersamaan 23 Syawal 1424H, AIMM telah disempurnakan pembukaannya oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Aseh bin Haji Che Mat, Ketua Setiausaha KDN.
Setelah dirasmikan dengan penuh gemilang gemilang, AIMM tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berkembang dari semasa ke semasa dlam merealisasikan visa dan wawasan jabatan yang menginginkan pusat penjanaan ilmu, pengetahuan dan kemahiran bagi pegawai-pegawai imigresen.
